Adakah pihak industri/pelanggan boleh menyumbangkan apa-apa jenis hadiah kepada pegawai dan kakitangan MDA? | Can industry/customers contribute any type of gift to MDA officers and staffs?
Tidak boleh. MDA melaksanakan 'Dasar Tidak Menerima Hadiah' (_No Gift Policy_). Perkara ini selaras dengan hasrat MDA untuk menjadi sebuah badan kawal selia yang bebas rasuah daripada sebarang bentuk/anasir rasuah. Walau bagaimanapun, sebarang pengecualian bagi penerimaan hadiah adalah tertakluk kepada kebenaran dan keputusan Ketua Eksekutif selaku Ketua Jabatan serta Pekeliling berkaitan hadiah/tajaan/keraian yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk pada Polisi Pengurusan Penerimaan atau Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan MDA di portal rasmi MDA.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi
UNIT INTEGRITI (UI)
03 - 8230 0346
Not allowed. MDA implements a 'No Gift Policy'. This is in line with MDA's desire to be a corruption-free regulatory body from any form/element of corruption. However, any exceptions to the acceptance of gifts are subject to the approval and decision of the Chief Executive as the Head of Department and Circulars regarding gifts/sponsorships/events that are in force from time to time. For further information, please refer to MDA's official portal on the Policy on the Management of Receipt or Giving of Gifts, Entertainment/Events, and Sponsorships.
For further inquiries, please contact
INTEGRITY UNIT (UI)
03 - 8230 0346